LOGO SEKOLAH

LOGO SEKOLAH

Tuesday, April 12, 2011

Lawatan Kerja Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia ke SK Ulu Engkari



Tarikh 10 April 2011 akan sentiasa terpahat didalam ingatan semua warga SKUE dan penduduk-penduduk di Lubok Pantu dan Nanga Talong apabila Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia tiba bersama-sama rombongan beliau kira-kira jam 4.00 petang. Ketibaan Yang Berhormat yang ditemani oleh Isteri beliau disambut oleh pelajar dari SKUE. Beliau seterusnya diiringi oleh kakitangan sekolah menuju ke pejabat unutk menandatangani buku pelawat sebelum bergerak menuju ke dewan.


Selesai taklimat, Yang berhormat memulakan lawatan kerja beliau dengan melawat ke seluruh kawasan sekolah diiringi oleh Guru Besar dan beberapa kakitanagn sekolah. Antara tempat yang dilawati adalah rumah guru dan kakitangan serta asrama sekolah.





Selesai lawatan, Yang berhormat telah sudi untuk meramkan gambar bersama-sama sebagai kenangan ketika melawat ke SK Ulu engkari.

Monday, February 14, 2011

Tahniah


Warga SKUE ingin mengucapkan tahniah kepada Cikgu Syahril dan Cikgu Noorsyahida diatas kelahiran anak pertama mereka. Walaupun sudah 4 bulan berlalu, namun rasanya belum terlambat lagi untuk kami di sini mengucapkan Tahniah.........


Guru dan Staff baru

Warga SKUE ingin mengucapkan Selamat datang kepada 2 orang ahli keluarga kami yang terbaru iaitu Cik Rosalia ak Ngindang (PPM Pra Sekolah) dan Cikgu Ahmad Syazwan Bin Samat. Semoga anda berdua akan dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh dedikasi dan semangat yang jitu.

SKUE Yakin Boleh.

MSSR Zon Lubok Antu

SKUE akan menjadi penganjur bersama bagi Sukan MSSR Zon Lubok Antu yang akan bermula pada 16 - 17 February 2011 di Kompleks Sukan Lubok Antu.

Oleh itu, SKUE akan menghantar kontinjen seramai 7 orang peserta yang akan mengambil bahagian dalam acara lontar peluru serta acara balapan iaitu 60m, 100m dan 100m berganti-ganti. Chef de'mission bagi Kontinjen SKUE ialah Cikgu Syahril Nizam, selaku guru sukan di SKUE.

Warga SKUE ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua atlet. Mudah - mudahan tahun ini akan menjadi amat bermakna bagi kita semua.

Pra Sekolah SK Ulu Engkari


SKUE akan mempunyai kelas Pra sekolahnya sendiri apabila bangunan pra sekolah yang sedang dibina siap sepenuhnya nanti. Bangunan Pra Sekolah ini diharap akan mampu meningkatkan lagi kualiti pembelajaran murid murid di dua buah rumah panjang iaitu Rumah Bada, Nanga Talong dan Rumah Jaong, Lubok Pantu.

Sementara menunggu bangunan ini siap, kelas Pra Sekolah telah diadakan di bekas kelas tahun 6 SKUE yang diuruskan oleh Cikgu Abdul Halim dan PPM, Cik Rosalia Ngindang.